• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • INTERNET DAN PERDANGAN ELEKTRONIK

    Monday, January 24, 2011
    INTERNET

    Internet adalah sebuah jaringan komputer yang terdiri dari berbagai macam ukuran dan jenis jaringan komputer di seluruh dunia. Jaringan-jaringan komputer ini saling berhubungan dan berkomunikasi satu sama lain melalui bantuan telefon dan satelit, yang digunakan untuk keperluan pemerintahan, pendidikan, perdagangan, ilmu pengetahuan dan individu.


    Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti-universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer. 
    Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City

    Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.



    Internet memiliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan di era teknologi seperti sekarang ini. Umumnya masyarakat mengakses internet untuk beberapa kepentingan, antaranya :
    1. Mengakses informasi/berita di pelbagai bidang,
    2. Surat-menyurat elektronik melalui e-mail,
    3. Melakukan transaksi perniagaan / perdagangan (e-commerce / valas trading),
    4. Memasarkan produk (promosi),
    5. Mencari data ilmiah, artikel,
    6. Chatting




    Perlu kita ketahui bahawa World Wide Web (WWW) bukanlah internet, demikian pula sebaliknya. Namun demikian, WWW dan internet sangat berkaitan satu sama lain. Internet adalah suatu jaringan komputer global, sedangkan WWW bukan sekedar jaringan tetapi di dalamnya terdapat suatu set aplikasi komunikasi dan sistem perangkat lunak yang memiliki karakteristik sebagai berikut:
    • Umumnya teletak pada internet host dan client.
    • Umumnya menggunakan protocol TCP/IP.
    • Menggunakan HTML.
    • Mengikuti model client atau server untuk komunikasi dua arah.
    • Memungkinkan client untuk mengakses server dengan berbagai protocol seperti HTTP, FTP, Telnet dan Gopher.
    • Memungkinkan client untuk mengakses informasi dalam berbagai media seperti teks, audio dan video.
    • Menggunakan model alamat Uniform Resource Locators (URL)


    PERDAGANGAN ELEKTRONIK

    Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. 

    contoh perniagaan menerusi atas talian.



    E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan  dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.  Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

    Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

    Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.  Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

    TEKNOLOGI MAKLUMAT,INTERNET DAN ANDA.

    Friday, January 14, 2011
    SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT


            Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
            Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
            Pada hari ini, teknologi maklumat telah diperluas dan merangkumi pelbagai aspek dan bidang yang lebih meluas. 


    SISTEM MAKLUMAT

            Sistem maklumat ialah sejenis sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat.

            Lima bahagian yang terkandung dalam sistem maklumat ialah :
    1) PEOPLE
       - bahagian yang paling penting dalam sistem maklumat
       - peranan secara langsung atau tidak langsung
       - menggunakan komputer dan teknologi untuk bidang perniagaan dan hiburan serta pendidikan
          dan perubatan.

    2) PROCEDURES
       - peraturan bagi menggunakan komputer
       - peraturan atau garis panduan dalam operasi pengkomputeran
       - contoh : untuk masuk ke dalam sistem e-learning, kita memerlukan ID dan kata laluan.
                     : untuk memuat turun sesuatu fail, kita perlu klik pada ikon yang disediakan.

    3) SOFTWARE
       - juga dikenali sebagai program
       - terdapat dua jenis software
        i) system software 
             : terdiri daripada kumpulan data-data (bukan sigle program)
            : membolehkan application software berinteraksi dengan hardware
           : membantu komputer menguruskan sumbernya sendiri
      ii) application software
           : perisian pengguna akhir
          : dua kategori utama iaitu aplikasi asas dan aplikasi terperinci

    4) HARDWARE
       - jenis-jenis komputer
         i) supercomputers
        ii) mainframe computers
       iii) minicomputers (mid-range computers)
       iv) microcomputers (cth: desktop,notebook,tablet PC)

    5) DATA
       - fakta mentah yang belum diproses
       - data yang telah diproses akan menjadi maklumat
       - disimpan di dalam fail elektronik seperti fail dokumen, fail kertas kerja, fail pengkalan data
         dan fail pembentangan.



    INTERNET

            Perkataan internet merupakan gabungan antara perkataan inter dan networking. Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer antara satu sama lain dan akan membentuk rangkaian yang lebih besar dengan menggunakan protokol yang sama. Apabila internet disambungkan, pengguna akan dapat melayari internet atau menjelajahi world wide web untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diinginkan, menghantar dan menerima e-mail, berchating atau berdiskusi dilaman-laman sembang atau forum dan pelbagai kegunaan lain.
            World wide web dapat diterangkan melalui video berikut :


    PENGENALAN..

    Wednesday, January 12, 2011
    >> Blog ini dibina bagi memenuhi tugasan berkumpulan bagi subjek Teknologi Dan Sistem Maklumat..kod bagi subjek ini ialah SCK 1413....pensyarah yang akan mengajar dan menilai setiap tugasan bagi mata pelajaran ini ialah PUAN SHARIN HAZLIN BINTI HUSPI..

    >> Blog ini akan menerangkan tentang topik yang dibincangkan sepanjang kuliah bagi subjek ini berlangsung..topik baru akan dibincangkan setiap minggu..

    >> Ahli kumpulan kami yang akan terlibat dalam menyempurnakan tugasan berkumpulan yang diberikan ialah: 

    1) NURUL RUSYDIAH BINTI HAIRI
    2) ROSNINDA BINTI RUSLI
    3) INTAN SHAZWANI BINTI AHMAD MAZLAN
    4) SITI HAJAR FARAHIN BINTI MUHAMMAD KHIR