• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • MENCEGAH VIRUS DARI PANDRIVE KE KOMPUTER !

    Thursday, March 31, 2011

    Ramai diaantara kita yang menggunakan flashdrive atau pandrive untuk menyimpan data-data penting berbanding dengan CD-Rom atau alat penyimpanan data yang lain...
    Tapi sering kali kita lupa bahawa flashdrive yang kita gunakan boleh membawa virus yang akhirnya akan menyebabkan masalah kepada komputer kita.

    Di sini mari kita lihat bagaimana cara untuk mencegah virus yang masuk melalui flashdisk atau media driver lain terus sahaja di scan dan di musnahkan virus di dalamnya.

    Berikut merupakan langkanya:

    • Buka START => RUN lalu taip "gpedit.msc" tekan Enter
    • Pilih "Computer Configuration"
    • Pilih "Adminstrative Templates"
    • Pilih "System"
    • Lihat pada tetingkap sebelah kanan
    • Cari file "Turn of Auto Play" lalu klik 2x
    • Akan keluar pop-up sebagai berikut
    • Pilih "Enable" pada bulatan warna merah yang atas
    • Pada kolum Turn off Autoplay on pilih "All Drives"
    • Lalu klik Ok
    • Terakhir restart komputer anda

    Langkah di atas hanya untuk pencegahan file Registry komputer karana virus lebih sering masuk dan mematikan fungsi dari Registry itu sendiri. Walaubagaimanapun sebaiknyanya lebih baik selalu mengupdate anti virus yang ada di komputer, dan selalu scan setiap flashdrive yang masuk ke komputer anda.


    sumber : prakasasion !
    Monday, March 21, 2011



    Management information system (MIS) is a system that provides information needed to manage organizations effectively. Management information systems are regarded to be a subset of the overall internal controls procedures in a business, which cover the application of people, documents, technologies, and procedures used by management accountants to solve business problems such as costing a product, service or a business-wide strategy. Management information systems are distinct from regular information systems in that they are used to analyze other information systems applied in operational activities in the organization. Academically, the term is commonly used to refer to the group of information management methods tied to the automation or support of human decision making, e.g. Decision Support Systems, Expert systems, and Executive information systems.

    There are many types of information management systems in the market that provide a wide range of benefits for companies. Strategic information management system, customer relation management systems and enterprise resource planning systems are some of them. The following are some of the benefits that can be attained from different types of information management systems.

    Advantages of information management systems

    (1) The company is able to highlight their strength and weaknesses due to the presence of revenue reports, employee performance records etc. The identification of these aspects can help the company to improve their business processes and operations. 

    (2) The availability of the customer data and feedback can help the company to align their business processes according to the needs of the customers. The effective management of customer data can help the company to perform direct marketing and promotion activities. 

    (3) Information is considered to be an important asset for any company in the modern competitive world. The consumer buying trends and behaviors can be predicted by the analysis of sales and revenue reports from each operating region of the company.



    sumber : wikipedia !! and Youtube !!

    SPYWARE !!!

    Monday, March 14, 2011
    >> salam...pernah dengar spyware? mesti la pernah kan... tau tak ape sebenarnya spyware tu? okay.. spyware merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC anda, ia akan melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer anda (dari cara penggunaan anda, minat anda sehinggalah kepada maklumat peribadi anda), menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda – dan semua ini 
    dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda! menakutkan!!!!



    >> so apakah tanda2 yang komputer kita diserang spyware?

    1. Komputer anda dipenuhi pelbagai iklandesktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, samada berbayar atau percuma; paparan pop-up iklan muncul secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk, seolah-olah anda melayari internet walaupun pada ketika itu kompuer anda tidak disambungkan ke internet; Start Menu anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan produk.
    2. Perubahan ketara pada pelayar internet andaPelayar internet anda, terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah; Selain itu, segala konfigurasi pelayar anda telah berubah dengn sendirinya – setting laman ‘Home’ anda telah bertukar menjadi laman web lain yang tidak diketahui, walaupun anda telah menukar ‘setting’ home anda kepada alamat asal, namun ia tetap memaparkan laman web yang tidak diketahui itu; jika anda cuba ke laman ‘search engine’ seperti yahoo atau google, pelayar internet anda secara automaik membawa anda ke satu lagi laman ‘search engine’ lain (yang mungkin anda tidak langsung tahu mengenainya); anda juga mungkin gagal terus untuk megakses ke laman web popular seperti Yahoo!Mail, microsoft.com, google.com dan sebagainya.
    3. Komputer anda menjadi lembap dan kerap ‘hang’Anda akan mendapati prestasi komputer anda semakin menurun; lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti walaupun tiada perisian atau program dijalankan; pelbagai perisian yang anda tidak pernah pasang/install secara tiba-tiba muncul dalam senarai program di komputer; dan komputer anda semakin kerap 
    ‘hang’ dan terpaksa dihidupkan semula. 







    >> bila komputer dah diserang spyware, komputer akan mula jadi slow dan lama kelamaan 'hang'! masa kita sedap2 guna komputer, melayari internet ataupun tengah siapkan kerja, kita tak sedar yang spyware pun tengah 'bekerja' jugak...maksudnya kat sini spyware akan mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan dan dihantar kepada orang yang hantar spyware ni.. diam tak diam, semua rahsia dah bocor !

    >> cara nak mencegah atau menghapuskan serangan spyware ni ialah dengan menggunakan perisian Anti-Spyware..kat bawah ni disenaraikan beberapa Anti-Spyware yang kita boleh guna ;)

    **********************************************************************************
              


                 McAfee AntiSpyware 8.7.0.130
                      
    *klik anti-spyware yang anda suka untuk download !!


    **********************************************************************************


    >> langkah perlindungan adalah penting untuk mengelakkan komputer kita dari dijangkiti penyakit2 komputer seperti ini.. so mesti berhati2 ! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI ! so install la anti-spyware kat komputer masing2 ye! ;)

    p/s : sumber diperoleh dari mahir komputer dan prime time freeware

    JALUR LEBAR

    Monday, March 7, 2011
    >> sape yang tak suka internet? zaman sekarang ni, kalau ada yang tak suka internet atau tak tau macam mana nak akses internet, orang tu akan dianggap ketinggalan.. sebabnya, sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan perkara perlu atau boleh diselesaikan hanya dengan menekan keyboard dan klik sahaja..contohnya nak check e-mail.. nak bayar bil..nak isi borang PTPTN..nak apply masuk U..kena online kan ? tapi nak buat semua tu kena ada akses jalur lebar.. kalau tak macam mana nak masuk internet ! 
    ye tak?

    >> kat Malaysia ni, kita ada macam2 pembekal jalur lebar.. antaranya :


    Maxis Broadband
    ( pengalaman menggunakan maxis broadband = not bad ! okay la....laju jugak...sebab pakej 6.0 GB..tapi ikut kawasan jugak...kalo kat rumah laju je..bukak Youtube tak sampai seminit dah habis loading..kalo kat kolej....hmmmm maleh cite ! )

    Celcom Broadband
    ( pengalaman = ermmm susah la nak cakap..kalau dari segi speed biasa2 je kot..kalau kat kolej kejap2 putus...hijau je lampunya...kalau biru pun belum tentu speed okay...ada jugak sesetengah tempat yang tak dapat langsung...pelik gak kan...tak tahu la pengalaman orang lain macam mana.. )


    Digi Broadband
    ( pengalaman = boleh tahan..mungkin lebih baik dari celcom broadband..ramai jugak yang bertukar kepada digi sebab dah bosan dengan speed celcom yang agak lembab..tapi ada jugak kekurangannya..susah nak connect ! kenape ye? tapi bila dah dapat connect okay la )

    P1 Wimax
    ( pengalaman = pernah guna P1 kat rumah dulu...masa mula2 diperkenalkan..speed okay...kalau nak download pun okay...tapi tu kalau kat rumah la...speed P1 ni sebenarnya bergantung kepada jarak modem tu dengan base-station..kalau jauh lambat la jadinya...mungkin rumah saya dekat2 area base-station P1 kot...sebab tu laju..huhu )



    TMnet streamyx
    ( pengalaman = tak pernah guna sendiri..tapi pernah singgah kat rumah kawan yang menggunakan streamyx dan cuba online disitu...sangat berpuas hati...tak perlu tunggu lama untuk download apa2 yang kita nak...kedai2 yang ada wifi pun dah banyak gunakan streamyx..yang terbaik antara semua internet provider ! )

    >> okay...itu semua diantara semua pembekal jalur lebar yang berbayar di Malaysia buat masa ni...ada yang speed laju..ada yang kurang memberangsangkan...tapi macam mana pula dengan golongan yang tak suka nak guna broadband ? macam mana nak akses internet ? jawapannya....free wifi la.....

    >> sekarang ni dah banyak tempat yang menyediakan wifi percuma...contohnya di sekitar kawasan UTM sendiri..kita ada wifi UTM...kelajuan tu biasa2 dan mengikut kawasan jugak...sape yang bernasib baik laju la wifi tu...kalau kurang bernasib baik slow la...tapi selalunya banyak yang slow...so tak hairan la student masih guna broadband walaupun dah ada wifi..selain dari dalam UTM, contoh yang lain adalah kedai makan atau restoran2...

    >> sangat tidak dinafikan bahawa internet merupakan suatu medium yang sangat penting untuk kita berkomunikasi dan menjelajah dunia dengan cara yang mudah.. ada diantara kita yang kalau tak surf internet sehari dah tak senang duduk... banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan internet.. begitu juga dengan berkomunikasi.. hanya dengan panggilan video di internet kita mampu merasa dekat dengan orang yang tersayang walupun jaraknya jauh...oleh itu, perkhidmatan jalur lebar sangatlah penting bagi kita meneruskan dan memudahkan semua urusan kita di internet !

    SECONDARY STORAGE

    >> selalunya..kalau laptop jadi slow atau berat, apa yang kita fikir ? mungkin banyak sangat "benda" dalam laptop atau komputer kita sampai nak penuh dah hard disk drive tu.. so ape kita nak wat ? solutionnya..cari la secondary storage yang boleh simpan suma "benda" tu... "benda" tu? ape tu ? alaaaa contohnya macam movie yang berlambak2..kalau tak pun gambar2 yang bertimbun2...lagu2 yang banyak sangat..games lagi... yang tu la... so antara secondary storage yang boleh kita gune ialah :

    external hard disk
    (selalunye kalo kawan kami suke simpan movie dalam ni..xpun gambar2..berat laptop katenye.. ;) 

    flash memory card
    (memory card ni selalu ada kat dalam handphone tu..ada macam2 size 1GB, 2GB, banyak GB lagi la...lagi mahal handphone tu, lagi besar GB yang boley support..kan? hehe )



    digital versetile disk or DVD
    ( dalam ni selalu orang simpan movie...tak kire la original ataupun cetak rompak )

    USB drive 
    (rasanya suma orang kenal benda ni..kebanyakan student ada USB drive sendiri..tapi ramai jugak yang takde..huhu)

    >> yang kat atas ni adalah antara secondary storage yang biasa kita tengok...dengan kebolehannya menyimpan data2...secara tak langsung kita dapat guna semua secondary storage ni untuk backup data2 yang penting.. sebab kalau just buat satu copy je nanti takut laptop atau komputer kita ada masalah or kena virus kelam kabut pulak kita kan...lagi2 kalo apa yang kita simpan tu penting..so buat la banyak2 copy n simpan la kat semua secondary storage yang ada..selamat ! huhu

    >> tapi jangan tak tahu ! secondary storage ni pun boleh kena virus jugak tau...lagi2 kalau kita biasa guna kat komputer yang dah "banyak tangan" ! maksudnya komputer yang ramai orang guna...contohnya kat cybercafe atau kat library..

    >> macam pengalaman kami...masa kami study di UTM International Campus, Kuala Lumpur..ada kawan2 yang selalu cari maklumat di PSZ..guna komputer yang ada kat sudut ICT kat situ...dia guna USB drive untuk simpan suma maklumat yang dia dapat..bila dia pindahkan malumat yang dia dapat tu kat laptop, laptop terus jadi hang...bila di scan, banyak virus ! sampai satu masa virus yang banyak tu tersebar kat laptop2 yang laen termasuk laptop kami sebab kami pun ada guna USB drive untuk ambil data dari laptop dia..bila laptop semua orang dah kena virus susah jadinya...ada yang rosak terus laptopnya...bahaya kan? hehe so jaga2 la...jangan selalu guna secondary storage kat komputer yang "banyak tangan" okay ;)

    p/s : jangan tak tahu...kalo kita nak backup file kita secara online pun boleh..so file kita akan tetap ada walaupun laptop kita kena curi ataupun kena virus...cuma online guna komputer lain dah boleh dapat file tu...senang kan? nak tau lebih ? klik sini