• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • SPYWARE !!!

    Monday, March 14, 2011
    >> salam...pernah dengar spyware? mesti la pernah kan... tau tak ape sebenarnya spyware tu? okay.. spyware merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC anda, ia akan melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer anda (dari cara penggunaan anda, minat anda sehinggalah kepada maklumat peribadi anda), menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda – dan semua ini 
    dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda! menakutkan!!!!



    >> so apakah tanda2 yang komputer kita diserang spyware?

    1. Komputer anda dipenuhi pelbagai iklandesktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, samada berbayar atau percuma; paparan pop-up iklan muncul secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk, seolah-olah anda melayari internet walaupun pada ketika itu kompuer anda tidak disambungkan ke internet; Start Menu anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan produk.
    2. Perubahan ketara pada pelayar internet andaPelayar internet anda, terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah; Selain itu, segala konfigurasi pelayar anda telah berubah dengn sendirinya – setting laman ‘Home’ anda telah bertukar menjadi laman web lain yang tidak diketahui, walaupun anda telah menukar ‘setting’ home anda kepada alamat asal, namun ia tetap memaparkan laman web yang tidak diketahui itu; jika anda cuba ke laman ‘search engine’ seperti yahoo atau google, pelayar internet anda secara automaik membawa anda ke satu lagi laman ‘search engine’ lain (yang mungkin anda tidak langsung tahu mengenainya); anda juga mungkin gagal terus untuk megakses ke laman web popular seperti Yahoo!Mail, microsoft.com, google.com dan sebagainya.
    3. Komputer anda menjadi lembap dan kerap ‘hang’Anda akan mendapati prestasi komputer anda semakin menurun; lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti walaupun tiada perisian atau program dijalankan; pelbagai perisian yang anda tidak pernah pasang/install secara tiba-tiba muncul dalam senarai program di komputer; dan komputer anda semakin kerap 
    ‘hang’ dan terpaksa dihidupkan semula. 







    >> bila komputer dah diserang spyware, komputer akan mula jadi slow dan lama kelamaan 'hang'! masa kita sedap2 guna komputer, melayari internet ataupun tengah siapkan kerja, kita tak sedar yang spyware pun tengah 'bekerja' jugak...maksudnya kat sini spyware akan mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan dan dihantar kepada orang yang hantar spyware ni.. diam tak diam, semua rahsia dah bocor !

    >> cara nak mencegah atau menghapuskan serangan spyware ni ialah dengan menggunakan perisian Anti-Spyware..kat bawah ni disenaraikan beberapa Anti-Spyware yang kita boleh guna ;)

    **********************************************************************************
              


                 McAfee AntiSpyware 8.7.0.130
                      
    *klik anti-spyware yang anda suka untuk download !!


    **********************************************************************************


    >> langkah perlindungan adalah penting untuk mengelakkan komputer kita dari dijangkiti penyakit2 komputer seperti ini.. so mesti berhati2 ! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI ! so install la anti-spyware kat komputer masing2 ye! ;)

    p/s : sumber diperoleh dari mahir komputer dan prime time freeware

    0 comments: