• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • PANGKALAN DATA KOMERSIAL !

    Monday, April 4, 2011

    Pangkalan Data Mylib


    Mylib merupakan projek perintis kepada Sistem Perpustakaan Digital Nasional (PERDANA). Perpustakaan Negara Malaysia telah secara langsung mengurus Pangkalan Data Mylib mulai Mei 2002. 

    Mylib merupakan Pangkalan Data perkhidmatan elektronik yang mengandungi dua bahagian iaituPublic Domain dan Private Domain

    Maklumat di dalam Public Domain boleh diakses secara terus oleh pengguna. Public Domain merupakan hyperlink kepada sumber maklumat am seperti surat khabar tempatan dan luar negara, majalah, peta, kertas persidangan, buku–buku baru, ulasan buku serta laporan–laporan berkaitan berita di dalam negara dan antarabangsa. 

    Manakala Private Domain hanya boleh di akses oleh ahli–ahli Konsortium Perpustakaan Negara Malaysia yang dianggotai oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian dan Jabatan Kerajaan; Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Maktab Perguruan. Pengguna hanya boleh mengakses Pangkalan Data ini dengan kata laluan yang dibekalkan. Pangkalan Data Komersial yang dilanggan dalam perkhidmatan ini  terdiri daripada EBSCO Information Services dan Current Law Journal (CLJ) Network manakala pangkalan bukan komersial adalah MasticLinkBOND dan Sirimlink.

    Mylib boleh diakses secara terus menerusi http://www.mylib.com.my/

     

    Pangkalan data yang disediakan di bawah Perkhidmatan MyLib:

     
    >>BOND (Benchmarking On-Line Networking Database)
     Pangkalan data ini menyediakan satu kriteria pengukuran pencapaian yang diwujudkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara untuk memberikan bantuan kepada syarikat/ organisasi dalam aktiviti penandaarasan. Di samping itu, BOND juga menyediakan sumber maklumat penandaarasan dari seluruh dunia.
    URL : http://www.npc.org.my/
      
    >>MASTICLINK
     Pangkalan data dari Pusat Maklumat Sains & Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Pangkalan data ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
    URL : http://www.mastic.gov.my
      
    >>SIRIMLINK
     Pangkalan data piawaian dari Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM). Pangkalan data SIRIMLINK menyediakan akses kepada maklumat di dalam bidang piawaian, kualiti, paten dan peraturan yang berkaitan dengan perusahaan.
    URL : http://www.sirim.my/
      
    >>Current Law Journal (CLJ) LEGAL NETWORK
     Current Law Journal adalah pangkalan data tempatan mengenai undang-undang di Malaysia. Ia mengandungi kes perundangan, nota praktik mahkamah, prosidur, direktori dan maklumat perundangan lain.
    URL : http://www.cljlaw.com/
      
    >>EBSCO INFORMATION SERVICES
     Menyediakan maklumat bersepadu mengenai berbagai bidang perkara dan mengandungi artikel abstrak hampir 4,000 jurnal. Ia juga mengandungi teks penuh lebih 2,000 judul jurnal dan imejan, 700 judul jurnal. Konsortium telah memilih 8 pangkalan data kecil daripada pangkalan data luar negeri ini yang terdiri dari beberapa subjek antaranya sains dan teknologi, pengurusan dan perniagaan. 
    URL : http://www.ebsco.com/
      
    >>Ebrary
     Menyediakan perkhidmatan akses kepada buku elektronik (e-book) dari pelbagai bidang dan perkara. Pangkalan data Ebrary menyediakan satu cara baru bagi mengakses buku-buku elektronik dengan pelbagai pilihan untuk kemudahan pengguna. 
    URL : http://www.ebrary.com/%20
      
    >>BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS)
     Merupakan perpustakaan elektronik yang menyediakan berita-berita dan maklumat terkini mengenai Malaysia. Satu portal yang mengandungi maklumat yang komprehensif dan sahih mengenai pasaran, ekonomi, industri, personaliti dan isu-isu/berita semasa mengenai Malaysia.
    URL : http://www.bernama.com/
      
    >>Global Market Information Database (GMID)
     Merupakan sumber rujukan yang paling komprehensif berkaitan perniagaan, pasaran, konsumer perdagangan dan industri di 205 buah negara utama seluruh dunia. Menawarkan akses kepada statistik, laporan pasaran, profail syarikat serta lain-lain berkaitan perniagaan. 
    URL : http://www.euromonitor.com/

    sumber : 


    0 comments: